Kursus Asas Komputer (Ms.Word)
16 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniSeramai 10 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Komputer yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui klik dengan bijak (KDB). Permulaa kelas juga kami memaparkan video check your label. Ini adalah sebagai langkah keselamatan untuk peserta dan masyarakat sekeliling mereka tentang kepentingan untuk periksa terlebih dahulu alat elektronik atau apa sahaja yang mengandungi lambing MCMC sebagai langkah keselamatan.
Pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam melayari internet bagi mengelakkan pelajar atau anak-anak daripada melayari web yang salah.Kelas komputer yang diadakan pada kali ini lebih fokus kepada pembelajaraan Microsoft Word, iaitu pembelajaran tentang identity diri. Sebelum sesi pembelajaraan Ms Word, para peserta kursus didedahkan tentang Klik dengan bijak (KDB) dan pengenalan kepada e-waste.
Kelas Ms Word yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih tercari – cari untuk mengenal ICT. Sambutan yang menggalakkan ini juga menarik minat kepada golongan yang berusia di awal pertengahan untuk lebih celik IT. Oleh itu, kami pihak PI Kg. Lawang juga sedang merangka jadual dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas seperti ini terhadap golongan awal pertengahan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: